Saturday, June 13, 2009

Bakat Seni Uddin

Setiap anak kita bole lihat perbezaan karakter dan minat yang berbeza2..uddin, dari kecik lagi memang seorang yang sangat teliti, cermat orangnyer..jarang sekali terjatuh..mahupun semasa turun dari kerusi atau tangga..Uddin juga jenis yang boleh menumpu..semenjak balik dari meneman baba, uddin telah develop minat yang mendalam dalam aktiviti-aktiviti seni seperti melukis dan mewarna..

Setiap hari mama terpaksa 'mensupply' buku2 mewarna baru untuk uddin bawa ke rumah babysitter bagi mengisi masa lapangnyer di sana..walaupun hasil kerja seninya masih ditahap amatur..namun sebagai ibu..mama still berbangga hehehe

Blog yang dah bersawang

Haduih..haduih..haduih sungguh penat okeh,membersihkan sawang2 yang terdapat di blog ini..hehehe..al-maklumla, terlampau lama sangat tak dijengah kuikuikui..apa nak buat, terlampau banyak benda perlu diuruskan but terlampau sedikit masa ditangan..

Sebenarnya, banyak betul cerita yang nak dikongsi, but mahu seharian duduk mengadap pc nih kalau semuanya nak ditulis hehehe..maklumla,kerja2 menjengah blog orang dan blog sendiri nih hanya boleh dilakukan pada hari cuti mingguan yang tiada aktiviti luar sahaja..hari bekerja macam biasa la..6.30 pagi dah bertolak and 6.30 ptg baru balik..by then nak uruskan makan anak2 (err tapau dikedai hehehe),layan anak2, mandi n solat..tambah tolak semua dah masa untuk tidur... kira2nya mmg pack habis la waktu..itu yang membuatkan bertambah rindu waktu2 menjadik full-time housewife itu hehehe...

Antara kejadian2 yang telah berlaku dan tidak sempat diupdate adalah-

Sewakan rumah

memandangkan berlaku pertukaran tempat kerja, so umah yang kitorang beli terpaksala disewakan..no regrets about that, cuma penatt tuuu uruskan penyewaan hehehe..mana nak pasang lampu,kipas..cuci umah..settlekan dengan tenant fuhh pening2..nasib baik mendapat sokongan mental n FINANCIAL dari baba d'boys..kalau tak bole tergolek mama hehehe..


itu adalah gambar uddin sedang termenung di atas tangga menunggu mama membuat persiapan akhir sebelum meyerahkan rumah kepada penyewa hehehe

Azan menginap 3D2N di wad

Untuk lebih menambahkan kekalutan hidup mama semasa ketiadaan baba, azan telah didiagnos menghidapi 'croup' iaitu sejenis penyakit respiratori yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus..mama yang pada mulanya menyangka azan hanya batuk selesema biasa, sangat terkejut apabila dr terus ajer tanya nak menginap di wad mana..memandangkan hospital putrajaya pada waktu itu jugalah nak terbakar (haish), maka mama terpaksa mengambil langkah nekad pulang ke ipoh malam itu juga..azan telah selamat 'check-in' di pantai puteri ipoh pada pukul 2 pagi... Mama pula nyaris2 diwadkan hehehe atas sebab sangat penat okeh menjaga azan diwad, kerana die asyik nak berlari ke sana sini macam hospital itu rumah die..

Walaupun duduk kat wad, makan still ok hehehe...


ok tangan azan dibalut sedemikian rupa bukan sebab patah okeh..but sebab nak sembunyikan line antibiotik..sebab kalau tak habis semua die pulun cabut...kuikuikui

Walaubagaimanapun mama nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan baba,parents, siblings n kawan2 yang terlibat secara langsung dengan kejadian tersebut..oh ya, tak lupa juga kepada cousin2 azan yang telah sudi menceriakan azan dan menjaga uddin sepanjang azan menginap di wad..tak lupa juga kepada sarah yang terpaksa meminjamkan baju since waktu balik itu sangat kelam kabut n azan asyik muntah sampai tak cukup baju nak pakai hehehe...